APMM usir bot nelayan Indonesia

Anggota APMM mengusir bot nelayan Indonesia menceroboh perairan negara.
A
A

LUMUT - Sebuah bot nelayan Indonesia diberi amaran dan diusir pulang oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) selepas di dapati berada di perairan negara berdekatan Pulau Jarak, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Pengarah APMM Perak, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata, kedudukan bot nelayan bersama tiga lelaki itu di kesan KM Marlin cuba menceroboh dan menangkap ikan di kedudukan 10 batu nautika selatan Pulau Jarak.

"KM Marlin yang ditugaskan menjalankan Op Pagar Laut di kawasan perairan sempadan Malaysia - Indonesia telah memintas bot berkenaan dan kemudiannya telah mengusir bot nelayan tersebut keluar dari perairan Malaysia.

"Atas semangat serumpun dan ditambah masyarakat Islam sedunia sedang meraikan Aidilfitri, bot nelayan Indonesia itu tidak ditahan sebaliknya diusir keluar balik ke negara asal mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Abdullah, aset APMM Perak telah diletakkan di kawasan tersebut bagi memperketatkan lagi kawalan persempadanan maritim negara sejak kapal-kapal penguat kuasa negara jiran itu dilaporkan sering memasuki perairan negara.

"Kita menerima laporan kapal-kapal penguat kuasa negara jiran sering memasuki perairan negara dan menganggu bot nelayan tempatan yang menangkap ikan di kawasan berdekatan sempadan," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia