Latheefa kunjungi Bukit Aman

Abdul Hamid (kiri) ketika menerima kunjungan hormat Latheefa hari ini. -Foto PDRM
Abdul Hamid (kiri) ketika menerima kunjungan hormat Latheefa hari ini. -Foto PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Memetik laporan Facebook Polis Diraja Malaysia, perjumpaan yang berlangsung selama satu jam itu adalah untuk membincangkan hubungan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM.

Sejurus selesai, Abdul Hamid turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dengan PDRM dalam menangani isu-isu melibatkan kepentingan orang awam yang berurusan dengan Mahkamah Syariah khususnya dari aspek penguatkuasaan perintah dan Jenayah Syariah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor; Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Integriti), Datuk Azri Ahmad; Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Datuk Nerita Yaacob dan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Mazli Mazlan.

Artikel Berkaitan: