Kelindan maut lori langgar belakang lori kontena

Anggota BBP Taiping berusaha mengeluarkan mangsa maut yang tersepit di bahagian tempat duduk hadapan lori kecil setelah terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena hari ini.
Anggota BBP Taiping berusaha mengeluarkan mangsa maut yang tersepit di bahagian tempat duduk hadapan lori kecil setelah terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena hari ini.
A
A
A

TAIPING - Seorang kelindan lori maut, manakala pemandunya cedera setelah lori dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah lori kontena dalam kejadian di KM219.8 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara berhampiran Changkat Jering, di sini hari ini.

Mangsa, Mohamad Syahid Ismail, 32, dari Petaling Jaya, Selangor maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan, manakala rakannya Mohd Nor Bakar, 33, mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam kejadian jam 8.20 pagi, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah lori kecil jenis Mitsubishi Fuso dan lori kontena jenis Sinotruk Hogan.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso itu yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke arah Kamunting, hilang kawalan apabila sampai di lokasi kejadian.

"Lori itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar bucu belakang kanan sebuah lori kontena jenis Sinotruk Hohan yang diletakkan di lorong kecemasan.

"Susulan kejadian itu, mangsa yang merupakan kelindan lori kecil itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang memandu lori sama serta pemandu lori kontena hanya mengalami kecederaan ringan," katanya kepada media di sini hari ini.

Keadaan hadapan lori kecil setelah terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena hari ini.
Keadaan hadapan lori kecil setelah terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena hari ini.

Artikel Berkaitan:

Osman berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat, manakala dua lagi mangsa kemalangan menerima rawatan luar.

"Susulan kejadian itu, pemandu lori kecil berkenaan ditahan untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, PBK II Izwan Che Ibrahim berkata, pihaknya menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa maut yang tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan lori kecil.