PM pertimbang kenaikan gaji anggota polis pangkat rendah

Dr Mahathir (dua dari kanan) semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra. Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua dari kiri), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub. - FOTO BERNAMA

A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mempertimbangkan usaha untuk menaikkan gaji anggota polis berpangkat rendah seperti disyorkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan meneliti perkara itu sebaiknya.

"Saya fikirlah (permintaan supaya gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan)," katanya pada sidang media selepas selesai mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Perdana Putra di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji, keperluan polis pangkat rendah diberi perhatian

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan Abdul Hamid supaya gaji anggota polis yang berpangkat rendah dinaikkan.

Terdahulu, Abdul Hamid dilaporkan memohon supaya gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.

Katanya, gaji yang diperoleh golongan berkenaan iaitu daripada sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka bertugas di bandar-bandar besar.

Justeru, beliau meminta supaya kerajaan mengkaji kembali gaji yang diterima anggota berpangkat rendah itu.

Artikel Berkaitan: