Empat kenderaan musnah, garaj Kuarters Kastam terbakar

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus memadam kebakaran dalam kejadian garaj kenderaan Kuarters Kastam di Bandar Sultan Sulaiman, semalam. Foto - Ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang

A
A
A

PELABUHAN KLANG - Empat kenderaan termasuk dua motosikal hangus dalam kebakaran garaj Kuarters Kastam di Bandar Sultan Sulaiman di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dan Perodua Axia, motosikal Modenas dan Yamaha FZ musnah dalam kebakaran berkenaan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Klang, Samsul Maarif Saibani berkata, seramai 11 anggota dan pegawai serta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Empat kenderaan termasuk dua motosikal hangus dalam kebakaran garaj Kuarters Kastam di Bandar Sultan Sulaiman, semalam. Foto - Ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang
Empat kenderaan termasuk dua motosikal hangus dalam kebakaran garaj Kuarters Kastam di Bandar Sultan Sulaiman, semalam. Foto - Ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang

“Ketika anggota tiba, didapati api marak di kawasan garaj berkeluasan 6.9 x 2.1 meter dan kenderaan yang diparkir di situ. Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah pondok bersebelahan garaj itu.

“Kebakaran memusnahkan empat kenderaan itu berjaya dikawal pada jam 12.47 tengah hari. Difahamkan, sebelum kejadian terdapat kanak-kanak bermain api di pondok berhampiran garaj,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: