Ini cara elak rambut berbau wanita bertudung

Rambut yang sihat memberi keselesaan kepada wanita.
A
A

RAMAI beranggapan wanita bertudung tidak pandai menjaga rambut? Itu hanyalah dakwaan semata-mata.

Kini pelbagai produk di pasaran boleh digunakan untuk memberi kesihatan pada rambut anda.

Pada masa sama, terdapat pelbagai teknik yang boleh digunapakai bagi memastikan kesihatan rambut kekal sepanjang hari. Bagaimanakah caranya?

Jom Femina kongsinya tipnya:

1) Jangan ikat rambut terlalu ketat

Jangan ikat rambut terlalu ketat, ia boleh sebabkan rambut anda mudah gugur dan akar rambut jadi cepat rosak.

2) Jangan pakai tudung ketika rambut masih basah

Pastikan rambut anda kering sebelum menyarung tudung. Rambut yang basah akan membuatkan kulit kepala berminyak dan rambut rosak. Ia menggalakkan kelemumur serta membuat rambut anda berbau!

3) Sentiasa tukar anak tudung

Pemakaian anak tudung yang sama melebihi tiga hari menyebabkan rambut berbau. Ia juga memudahkan pembiakan bakteria pada kulit kepala, seterusnya rambut akan berkelemumur.

4) Pilih jenis tudung daripada kain yang sesuai

Pilih fabrik lembut untuk tudung dan elakkan tudung yang diperbuat daripada kain kapas kerana material ini mudah memerangkap haba.

5) Pilih syampu yang sesuai

Pemilihan syampu sangat penting, jangan guna syampu yang mengandungi banyak bahan kimia. Gunakan syampu yang disyorkan untuk mereka yang bertudung. Jangan biarkan rambut anda 'tersimpan’ dalam tudung 24 jam!

6) Elak pemakaian minyak rambut

Penggunaan minyak menyebabkan rambut berada dalam keadaan 'terperangkap' di sebalik tudung. Kulit kepala akan jadi lebih berminyak dan rambut mudah gugur.

7) Trim rambut

Trim hujung rambut setiap empat hingga enam minggu bagi mengelakkan rambut bercabang.