Anwar gesa semua pihak terima pelantikan Latheefa Koya

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa semua pihak untuk menerima keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelas beliau, pelantikan Latheefa telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH), badan bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Katanya, polemik terbuka secara berterusan itu dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej Kerajaan PH.

"Saya yakin, Dr Mahathir dan pimpinan PH akan menilai segala pandangan dengan penuh prihatin dan selanjutnya akan menjelaskan kepada Kabinet dan Majlis Presiden PH.

"Maka dengan ini saya menggesa semua rakan-rakan menerima keputusan Tun Dr Mahathir dan memberikan ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk melaksanakan tugas dengan tegas dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu, polemik secara positif itu telah memperkukuh komitmen PH untuk memastikan SPRM melaksanakan tugas secara adil.

Tambah beliau, ia selaras dengan kenyataan Dr Mahathir di Melaka hari ini bahawa penjawat awam menjadi golongan berkecuali dan mengelakkan diri dari ikatan terlalu kuat dengan parti politik di belakang kerajaan memerintah.

"SPRM dituntut bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada pentadbiran lama dan baharu. Pimpinan PH, NGO dan rakyat pasti akan terus memantau perjalanan dan keberkesanan agensi itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 7 Jun lalu, Anwar Ibrahim mahu Dr Mahathir menjelaskan pelantikan Latheefa kerana keputusan itu dibuat tanpa memaklumkan kepada beliau dan juga anggota Kabinet serta tidak selari dengan janji dalam Manifesto PH.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelantikan Latheefa muktamad: PM

Anwar minta PM beri penjelasan pelantikan Latheefa