Pemuda hampir maut dipercayai terkena panahan petir

Muhammad Shafiq (kanan) menunjukkan tangan kanannya yang kebas akibat kejadian itu.
Muhammad Shafiq (kanan) menunjukkan tangan kanannya yang kebas akibat kejadian itu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang pemuda terselamat daripada maut selepas dipercayai terkena panahan petir ketika sedang mengangkat periuk berisi manisan di kedai makan miliknya di Pekan Rantau Panjang dekat sini petang semalam.

Kejadian sekitar jam 5.30 petang itu menyebabkan mangsa, Muhammad Shafiq Che Nordin, 30, mengalami kebas dibahagian tangan kanan akibat terkena panahan itu.

Muhammad Shafiq berkata, akibat panahan itu dia telah terpelanting kira-kira satu meter daripada dapur tempat mengambil air manisan tersebut.

"Selepas terpelanting, saya cuba bangun untuk ke bahagian hadapan untuk mendapat bantuan daripada ibu, namun rebah," katanya.

Menurutnya, dia kemudian terus merangkak sejauh dua meter untuk ke bahagian hadapan kedai selepas hilang upaya berdiri.

Katanya, selepas itu dia terus dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal.

Artikel Berkaitan: