Dua remaja lelaki maut motor dinaiki bertembung kereta

Wan Azharuddin
Wan Azharuddin
A
A
A

TAPAH - Dua remaja lelaki maut selepas motosikal Yamaha Y125ZR yang dinaiki bertembung sebuah kereta Proton Saga di Kilometer 2, Jalan Tapah-Cameron Highlands awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada jam 2.06 pagi itu mengorbankan penunggang motosikal, K Yoganathan, 19, dan pembonceng, S Dinesh, 18, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga yang dalam perjalanan menuju ke pekan Tapah melanggar motosikal yang telah masuk ke lorong bertentangan.

"Motosikal yang dalam perjalanan menuju ke arah Cameron Highlands, telah hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan kereta.

"Penunggang dan pembonceng telah dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

Wan Azharuddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: