Penunggang motosikal maut tak sempat elak kereta membelok

Kemalangan yang meragut nyawa pemandu lori di Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu hari ini.
Kemalangan yang meragut nyawa pemandu lori di Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu hari ini.
A
A
A

RAUB - Seorang lelaki maut selepas motosikalnya melanggar kereta di Kilometer 341 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, Mohd Ammar Syafiq Mohd Shofi, 27, dari Manik Urai, Kuala Krai yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori sedang menunggang motosikal dari arah Kota Bharu.

"Dia dikatakan memotong beberapa buah kenderaan sebelum melanggar sebuah kereta jenis Nissan sebaik tiba di lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat saksi di tempat kejadian, kereta itu yang datang dari arah Dong agak lewat menyalakan lampu isyarat untuk membelok ke kanan," katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat lalu melanggar kereta terbabit.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat manakala pemandu kereta berusia 24 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: