Peka cadang orang asli dipindah ke kawasan selamat

Sabrina memberi minum kepada anak-anak Orang Asli yang demam berada di bawah khemah penempatan baharu di sini.
Sabrina memberi minum kepada anak-anak Orang Asli yang demam berada di bawah khemah penempatan baharu di sini.
A
A
A

GUA MUSANG - Komuniti Orang Asli Kampung Kuala Koh sepatutnya dipindahkan ke kawasan penempatan baharu yang lebih selamat.

Presiden Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu memandang isu ini sebagai satu bencana yang boleh mengancam suku kaum Bateq di negara ini.

Katanya, orang asli lebih mengetahui apa yang sedang mereka lalui dan tidak sepatutnya mereka berpindah ke hutan tanpa arah tuju.

"Lari ke hutan tidak menyelesaikan masalah kerana saliran sumber air yang digunakan masih sama sekiranya mereka mengelak untuk menggunakan sumber air di penempatan asal.

"Mereka sepatutnya dibawa keluar ke satu penempatan khas. Sampai bila mereka perlu hidup berpindah randah dengan menyaksikan kematian keluarga?

"Lama-kelamaan, kaum mereka hanya tinggal nama dan pupus diserang penyakit. Pihak bertanggungjawab perlu bertindak kerana soal nyawa bukan mainan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengikuti rombongan tinjauan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di penempatan orang asli Kuala Koh dan beberapa kawasan perlombongan bijih keluli (manganese) dan pembalakan.

Artikel Berkaitan: