Mangsa banjir Changkat Jong meningkat 127 orang

Anggota APM membantu pemindahan mangsa banjir berjalan lancar.
Anggota APM membantu pemindahan mangsa banjir berjalan lancar.
A
A
A

TELUK INTAN - Jumlah mangsa yang dipindahkan akibat banjir di tiga kampung di kawasan Changkat Jong meningkat kepada 127 mangsa membabitkan 32 keluarga, malam tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hilir Perak dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu lapan merupakan bayi, kanak-kanak (58), orang kurang upaya (3) dan selebihnya dewasa.

Menurutnya, kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong yang dibuka pada jam 6 petang, Jumaat lepas.

"Kampung yang terjejas adalah Kampung Batu 7 1/2, Batu 8 dan Batu 9.

"Keadaan hujan petang semalam menyebabkan lebih banyak rumah yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinaiki air," katanya.

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.

Proses pemindahan mangsa dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba, polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Anggota Rela dan kakitangan Pejabat Kesihatan turut ditempatkan di pusat pemindahan bagi memastikan semua mangsa selamat.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Bayi, ibu dalam pantang dipindahkan]