Kabinet akan putuskan segera pembatalan PDP Lebuh Raya Pan Borneo

Baru Bian
Baru Bian
A
A
A

KUCHING – Keputusan pembatalan model rakan pelaksana projek (PDP) bagi Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, setakat ini hanya model PDP bagi lebuh raya itu di bahagian Sabah sudah dibatalkan dan digantikan dengan model kontraktor siap guna.

“Kita tunggu dulu keputusan Kabinet,” katanya yang juga juga Pengerusi PKR Sarawak kepada media selepas mesyuarat Pakatan Harapan negeri di sini hari ini.

Di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, Lebuh Raya Borneo Utara Sdn Bhd dilantik sebagai PDP untuk menguruskan projek Lebuh raya Pan Borneo Sarawak yang menelan kos RM16.49 bilion.

Fasa pertama projek di Sarawak dari Telok Melano ke Merapok dengan jarak sejauh 1,060km dijangka siap sepenuhnya menjelang 2021.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada April, MMC Corp Bhd mengesahkan Borneo Highway PDP Sdn Bhd, usaha sama syarikat itu juga adalah rakan kongsi, telah dimaklumkan penamatan kontraknya sebagai PDP bagi Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: