176 maut, 10 hari Op Selamat 15

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah kemalangan maut terus meningkat apabila sebanyak 164 kemalangan dicatatkan dalam tempoh 10 hari Op Selamat 15/2019 bermula 29 Mei lalu sehingga semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 176 kematian dicatatkan.

"Selangor terus mencatatkan jumlah korban paling ramai iaitu 28 orang diikuti Johor (25), Perak (18), Kedah (16), Sabah (14), Sarawak dan Pahang (13), Kelantan (12), Negeri Sembilan (9), Terengganu (8), Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (6), Melaka dan Perlis (4).

"Sepanjang tempoh ini juga, sebanyak 217,683 saman dikeluarkan membabitkan 2,902 operasi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, statistik turut merekodkan sebanyak 441 kes pecah rumah dan premis dilaporkan di seluruh negara dengan 283 kejadian membabitkan kediaman.

Katanya, Selangor mencatatkan kes paling tinggi setakat ini dengan 107 kes dan diikuti Sabah dengan 46 kes.

Sebelum ini, enam kesalahan utama akan ditumpukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang Op Selamat 15 yang akan tamat pada 12 Jun depan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, enam kesalahan itu adalah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Artikel Berkaitan: