Ibu, bayi Palestin disatukan selepas terpisah hampir enam bulan

Bayi perempuan bernama Shahad akirnya disatukan dengan ibunya selepas terpisah hampir enam bulan.
Bayi perempuan bernama Shahad akirnya disatukan dengan ibunya selepas terpisah hampir enam bulan.
A
A
A

RAMALLAH - Seorang wanita Palestin akhirnya disatukan semula dengan bayi perempuannya selepas enam bulan terpisah gara-gara tindakan pihak berkuasa Israel yang enggan meluluskan permit perjalanan ke Baitulmaqdis.

Lapor stesen penyiaran Israel Channel 13, wanita tersebut yang identitinya dirahsiakan dimasukkan ke Hospital Al-Makassed di Baitulmaqdis pada Januari lalu.

Wanita terbabit terpaksa dipindahkan ke hospital itu dari Gaza kerana memerlukan pembedahan bagi melahirkan bayi kembar tiga.

"Walaupun dia selamat melahirkan kesemua bayinya, dua daripadanya meninggal dunia beberapa hari kemudian.

"Si ibu terpaksa pulang ke Gaza untuk proses pengebumian, manakala bayi perempuan yang masih hidup terpaksa ditinggalkan untuk dijaga kakitangan hospital.

"Namun selepas pulang Gaza, si ibu dihalang kembali ke Baitulmaqdis untuk mengambil bayinya," kata seorang kakitangan hospital.

Kementerian Pertahanan (COGAT) hanya meluluskan permit perjalanan wanita tersebut selepas kisahnya disiarkan stesen berkenaan.

Penduduk Gaza yang mahu memasuki Baitulmaqdis berdepan karenah birokrasi daripada rejim Zionis.

Artikel Berkaitan:

Mereka sering ditindas dan terpaksa menanti masa yang terlalu lama sebelum permit perjalanan mereka diluluskan. - Agensi