Dua kenderaan bertembung, bayi maut

Keadaan kereta Perodua Alza yang dinaiki mangsa remuk dibahagian hadapan selepas bertembung dengan Perodua Myvi di Jalan Gerik - Jeli, semalam.
Keadaan kereta Perodua Alza yang dinaiki mangsa remuk dibahagian hadapan selepas bertembung dengan Perodua Myvi di Jalan Gerik - Jeli, semalam.
A
A
A

IPOH - Seorang bayi perempuan maut apabila kenderaan dipandu bapanya bertembung kereta seorang pegawai polis wanita di Kilometer 54 Jalan Raya Timur Barat (Gerik - Jeli) di sini semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 10 malam itu, Syifaa Thahirah Omar Shaferee berusia 13 bulan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati lima sekeluarga yang menaiki Perodua Alza dalam perjalanan menghala ke Jeli.

“Wanita berusia 32 tahun itu pula memandu sendirian Perodua Myvi dari arah arah jeli menghala ke Gerik.

“Setibanya di suatu selekoh menuruni bukit, kereta dipandunya gagal dikawal lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit,” katanya.

Kereta dipadu pegawai polis wanita dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan hingga mengorbankan seorang bayi perempuan berusia 13 bulan.
Kereta dipadu pegawai polis wanita dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan hingga mengorbankan seorang bayi perempuan berusia 13 bulan.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, bayi terbabit meninggal dunia manakala ibunya, Sarkhiyah Manshor, 37, dan dua anaknya, Syaza Thoyyibah, 11 serta Ammar Syazwan, 9, cedera parah.

“Kesemua mangsa yang parah dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

“Bapa mangsa berusia 44 tahun dan pegawai terbabit hanya cedera ringan. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.