Rumah dibadai ribut pada Syawal kedua

Penduduk kampung membantu membaiki bumbung rumah penduduk yang rosak.
Penduduk kampung membantu membaiki bumbung rumah penduduk yang rosak.
A
A
A

PONTIAN - Sebuah rumah rosak apabila bumbung tercabut selepas ribut melanda Kampung Bugis Penerok di sini hari ini.

Penghuni rumah, Zaleha Zainuddin, 25 berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi selepas hujan lebat itu menyebabkan kerosakan bumbung pada bahagian tengah dan belakang rumah.

"Saya buat pemeriksaan dan mendapati zink rumah saya di bahagian tengah rumah hingga ke belakang rumah rosak.

"Orang kampung bantu pasang semula bumbung yang tercabut sementara menunggu bantuan penggantian bumbung baru dari Ahli Parlimen Tanjungg Piai," katanya selepas menerima kunjungan Pegawai Daerah Pontian, Zulkifly Mohd Tahir.

Artikel Berkaitan: