Aidilfitri: Sultan Johor terima kunjungan hormat TPM Singapura

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (kanan) berkenan menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura Heng Swee Keat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Bukit Serene hari ini. - Foto Bernama
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (kanan) berkenan menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura Heng Swee Keat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Bukit Serene hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Kunjungan Heng yang juga Menteri Kewangan itu, diiringi Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan, dan disambut baginda sendiri serta Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suaminya, Datuk Dennis Muhammad Abdullah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar ; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Heng dan Vivian kemudian diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama baginda berdua dan anggota keluarga diraja tersebut.

Terdahulu, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima mengadap kunjungan Menteri Besar Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal serta barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sempena Aidilfitri.

Beberapa keping gambar mengenai kedua-dua kunjungan turut dimuat naik ‘The Royal Press Office’ melalui akaun Facebook dan Instagram rasmi Sultan Ibrahim. - Bernama

Artikel Berkaitan: