PKPS ditawar untuk pembayar cukai di Sarawak

LDHN
LDHN
A
A
A

KUCHING - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta pembayar cukai di Sarawak yang mempunyai masalah pematuhan cukai supaya merebut tawaran Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) yang akan tamat pada 30 Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata dalam tempoh sebulan PKPS dilancarkan pada 3 November, sebanyak 83 pembayar cukai pelbagai kategori di Sarawak telah membuat pengisytiharan cukai dengan amaun cukai tambahan dan penalti yang ditaksir hampir RM3.2 juta

“Daripada jumlah ini, hampir RM450,000.00 amaun cukai dan penalti direkodkan oleh LHDN Cawangan Sibu,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari in

PKPS, yang diumumkan kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2019, menawarkan kadar penalti yang sangat rendah, iaitu hanya 10 peratus dan 15 peratus berbanding kadar penalti asal yang lebih tinggi iaitu 80 peratus sehingga 300 peratus bermula 1 Julai, 2019.

Untuk rekod, katanya, kutipan cukai langsung untuk Sarawak sehingga bulan lepas adalah sebanyak RM4.6 bilion, meningkat 1.5 peratus berbanding kutipan dalam tempoh yang sama pada 2017.

Beliau berkata pengakuan sukarela tersebut boleh dibuat di mana-mana pejabat LHDN di seluruh negara.

Bagi keterangan dan maklumat lanjut, pembayar cukai boleh melawati portal rasmi LHDN di pautan www.hasil.gov.my atau klik di pautan www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/GO_012018_01.pdf untuk memuat turun Garis Panduan Operasi Bilangan 1 Tahun 2018 yang bertajuk “Program Khas Pengakuan Sukarela” sebagai rujukan.n - Bernama

Artikel Berkaitan: