Ribuan hadir rumah terbuka Aidilfitri PM dan jemaah menteri

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan hari ini mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri dihoskan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri yang mula dibuka pukul 10 pagi tadi.

Ini merupakan majlis rumah terbuka Aidilfitri kedua Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr Mahathir setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dijangka tiba kira-kira pukul 12 tengah hari selepas menghadiri rumah terbuka Istana Negara.

Seramai 50,000 tetamu dijangka menghadiri rumah terbuka hari ini dengan mereka mulai berkumpul seawal 8.30 pagi lagi di pintu masuk Seri Perdana untuk menghadiri majlis yang dijadual berlangsung sehingga 4.30 petang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman bersama pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman bersama pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama

Selain kemudahan 1,150 parkir kereta berhampiran kawasan Seri Perdana, orang ramai dilihat turut hadir menggunakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan di tiga lokasi iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra.

Selain disajikan pelbagai juadah hari raya, orang ramai juga berpeluang bersalaman dan bergambar bersama Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, selain anggota Kabinet.

Antara anggota Jemaah Kabinet yang dijangka turut hadir meraikan tetamu termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Artikel Berkaitan:

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga dijangka hadir. - Bernama