Lima adat perkahwinan pelik di dunia

Ritual menangis di wilayah Sichuan, China antara adat perkahwinan pelik di dunia.
Ritual menangis di wilayah Sichuan, China antara adat perkahwinan pelik di dunia.
A
A
A

HIDUP berpasangan adalah fitrah semula jadi dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut.

Begitu juga dengan manusia. Melalui perkahwinan menemukan pasangan untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.

Namun tahukah anda, terdapat lima adat atau ritual perkahwinan pelik di dunia sebelum pasangan terbabit bergelar suami isteri.

1. Kenya: Ludah pengantin perempuan

Suku Maasai di Kenya mengamalkan ritual perkahwinan pelik iaitu bapa kepada pengantin perempuan akan meludah kepala anaknya. Masyarakat di sana percaya dengan meludah, pengantin terbabit akan dijauhkan daripada musibah.

2. Perancis: La Soupe

Ritual La Soupe ini boleh dianggap gila atau tidak masuk akal. Pasangan pengantin diarah masuk ke bilik sementara ahli keluarga atau tetamu lain mengumpul sisa makanan dan minuman untuk dijadikan sup. Kemudian, pengantin terbabit dipaksa meminum sup berkenaan yang dihidangkan dalam pot kencing. Namun, ritual itu sudah tidak diamalkan. Biasanya ia digantikan dengan coklat.

3. Congo: Dilarang senyum

Artikel Berkaitan:

Lazimnya, perkahwinan menjadi hari paling bahagia bagi pasangan pengantin baru. Namun di Congo, tetamu termasuk pengantin dilarang senyum. Masyarakat di sana percaya perkahwinan ialah serius. Justeru, pengantin tidak dibenarkan tersenyum walaupun ketika gambar mereka diambil.

4. Jerman: Polterabend

Di Jerman setiap pasangan pengantin nampaknya terpaksa mendengar bunyi bising kerana tetamu akan memecahkan pinggan porselin atau seramik dalam ritual dikenali sebagai polterabend. Tetapi, tetamu dilarang memecahkan gelas kaca kerana ia tanda kebahagian. Selepas ritual Polterabend selesai, pasangan pengantin diminta membersihkan sisa pinggan yang pecah, bertujuan mengajar mereka kehidupan berumah tangga bukanlah mudah.

5. China: Ritual menangis

Perkahwinan adalah saat yang dinanti-nantikan calon pengantin. Mereka akan menghabiskan masa untuk melakukan persiapan terbaik sebelum hari diijabkabulkan tiba. Namun di wilayah Sichuan, pengantin perempuan diminta menangis selama satu jam sepanjang 30 hari sebelum hari pernikahan.10 hari kemudian, si ibu pula turut menangis dan selang tujuh hari, si nenek pula menangis. Masyarakat di sana percaya ritual menangis sebagai cara menunjukkan rasa kasih dan sayang yang mendalam.