X

Kindly register in order to view this article
!

Jualan Harapan Rakyat, terpaksa tambah lima lagi lembu

Orang ramai beratur untuk beli daging lembu.
A
A

KUALA KETIL - Sebanyak sembilan ekor lembu yang dijual sempena Jualan Harapan Rakyat di pekan Kuala Ketil hari ini habis dalam tempoh lima jam.

Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) daerah Kuala Muda dan Kuala Ketil, Fauzi Hashim berkata, orang ramai sudah beratur seawal jam 7 pagi untuk membeli daging pada harga RM30 sekilogram.

Menurutnya, jika ikut perancangan asal hanya empat ekor lembu sahaja akan disembelih dan dijual.

"Tetapi disebabkan sambutan yang sangat hebat, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd terpaksa membawa lima ekor lagi lembu tambahan.

"Lembu-lembu itu disembelih di ladang Aman Jaya Sungai Petani sebelum dibawa ke sini," katanya kepada Sinar Harian di tapak Jualan Harapan Rakyat.

Dalam pada itu, Fauzi berkata, masih terdapat peniaga daging lembu mengambil kesempatan menjual daging lembu melebihi harga kawalan.

Seorang peniaga sedang melapah daging untuk dijual.
Seorang peniaga sedang melapah daging untuk dijual.

"Mereka menjual daging lembu pada harga RM35 walaupun harga kawalan berharga RM34 sekilogram," katanya.

Mengulas Jualan Harapan Rakyat di Kuala Ketil, program itu melibatkan 30 unit gerai, usahawan serta jabatan awam dan swasta.

"Kebanyakan usahawan ini memproses sendiri produk antaranya ialah ubat-ubatan tradisional dan kuih muih," katanya.

Turut hadir Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna, Koperasi dan Perdagangan Dalam Negeri Kedah, Summugam Rengasam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!