Bekalan santan cukup sempena Aidilfitri

Summugam tiga kanan terima cenderahati daripada pihak Fama.
Summugam tiga kanan terima cenderahati daripada pihak Fama.
A
A
A

KUALA KETIL - Bekalan santan di negeri ini mencukupi dan dapat menampung permintaan pengguna sempena Aidilfitri.

Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna, Koperasi dan Perdagangan Dalam Negeri Kedah, Summugam Rengasamy berkata, tiada sebarang aduan kekurangan bekalan santan diterima bahkan stok yang ada ketika ini juga melebihi di pasaran.

"Kita juga ada import dari Kelantan dan Terengganu, kita tidak ada masalah untuk bekalkan kelapa dan santan.

"Tadi pun kita lihat ada lebih 1,000 biji kelapa yang dijual di sini. Ini membuktikan bekalannya mudah didapati. Tawaran mencukupi untuk permintaan," katanya pada sidang media selepas melawat Jualan Harapan Rakyat di sini, hari ini.

Summugam berkata, beliau berpuas hati dengan masyarakat peniaga dan peruncit yang menjual barangan di bawah harga kawalan.

Menurutnya, mereka memahami aspirasi kerajaan serta keperluan rakyat.

"Ini menunjukkan mereka menghormati bulan Ramadan ini, menjual barangan pada harga murah ialah satu contoh malah mendapat berkat.

"Aduan langsung tiada (harga mahal), berbanding tahun lalu banyak rungutan dan aduan diterima," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Summugam berkata, beliau berterima kasih kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) kerana menjayakan Jualan Harapan Rakyat.

"Ini ialah satu kaedah kita mendedahkan peranan dan tanggungjawab Fama kepada rakyat. Saya cadang selepas ini Jualan Harapan Rakyat dianjurkan seminggu selepas Aidilfitri supaya peniaga dan penjual ada masa memilih dan promosi barangan," katanya.