Manfaatkan sepenuhnya kenaikan IPG

Shamsul Iskandar (tujuh kanan) pada program berkenaan
Shamsul Iskandar (tujuh kanan) pada program berkenaan
A
A
A

KUALA KANGSAR - Pekebun kecil getah diharap dapat memanfaatkan kenaikan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG), sebagai peluang menjana pendapatan masing-masing.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kenaikan berkenaan bakal menyaksikan para pekebun menikmati harga yang lebih baik bagi setiap kilogram getah yang dihasilkan.

Menurutnya, dianggarkan tuntutan IPG daripada pekebun kecil dari seluruh negara didapati meningkat sebanyak 20 peratus.

"Ini berdasarkan rekod kita pada harga RM2.20 yang lalu. Sebab itu mulai Januari nanti, RM2.50 itu kita akan aktifkan dan diharap pekebun ambil manfaat ini," katanya.