'Bukan Melayu usah gusar Piagam UMNO-Pas'

Mahdzir (empat dari kiri) bergambar bersama pemimpin UMNO dan Pas peringkat Padang Terap di di Pusat Khidmat Komuniti Masyarakat Cikgu Hashim Kampung Barokhas, Kuala Nerang, di sini semalam.
Mahdzir (empat dari kiri) bergambar bersama pemimpin UMNO dan Pas peringkat Padang Terap di di Pusat Khidmat Komuniti Masyarakat Cikgu Hashim Kampung Barokhas, Kuala Nerang, di sini semalam.
A
A
A

KUALA NERANG - Masyarakat bukan Melayu dan Islam di negara ini tidak perlu gusar dengan Piagam UMNO-Pas yang bakal dimeterai selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, piagam itu tidak menjadi sesuatu yang bersifat perkauman dan ianya satu kemurnian untuk membela semua bangsa dan agama di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum ini.

Menurutnya, pembentukan piagam perpaduan ummah adalah berteraskan untuk menyatupadukan rakyat di negara ini yang selari dengan aspirasi negara.

"Apabila dengan adanya piagam atau kerjasama di antara UMNO dan Pas, ini bukan satu perkara yang rasis tetapi merupakan pembelaan kepada semua kaum dan agama yang ada di Malaysia yang mempunyai rakyat majmuk.

"Maknanya tidak payah bimbanglah untuk mereka yang beragama lain," katanya selepas menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada petugas-petugas parti tersebut di Pusat Khidmat Komuniti Masyarakat Cikgu Hashim Kampung Barokhas, Kuala Nerang, di sini semalam.

Menurutnya, UMNO dan Pas bersetuju untuk mencari jalan yang lebih jitu untuk kelangsungan memperkasakan rakyat ataupun ummah yang lebih murni dan tidak tertumpu kepada hala tuju politik ataupun persediaan bagi menghadapi pilihan raya sahaja.

"Antara dua buah parti politik ini untuk semenanjung, perjanjian ini adalah untuk membolehkan kerjasama dalam politik sehingga pilihan raya akan datang dan tak akan ada lagi pertandingan tiga penjuru kerana yang kita nak lawan selepas ini adalah Pakatan Harapan," katanya.

Mahdzir berkata, berhubung rakan-rakan UMNO dan Pas di Sabah dan Sarawak juga akan turut diperbincangkan dan bakal menjadi sebahagian daripada mereka.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin dengan tangan yang dihulurkan oleh Pas dan ianya bakal membawa kejayaan pada PRU15 nanti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Piagam rasmi kerjasama Pas-UMNO lepas Aidilfitri