Hanya bergantung kepada sungai

Aminolhuda (dua dari kanan) sewaktu program Shopping Raya bersama anak yatim dan keluarga miskin di Jakel Batu Pahat.
Aminolhuda (dua dari kanan) sewaktu program Shopping Raya bersama anak yatim dan keluarga miskin di Jakel Batu Pahat.
A
A
A

BATU PAHAT - Kerajaan negeri Johor akan menggunakan tenaga pakar di dua universiti awam di negeri ini iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk mencari sumber air bersih baharu.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan berkata, ini memandangkan di negeri ini hanya bergantung kepada sungai dan air takungan di beberapa empangan dan ada kalanya bekalan berkenaan agak terhad.

“Saya akan bertemu dan berbincang dengan beberapa pihak yang berkaitan bagi merancang untuk menggunakan air dari bawah tanah sebagai sumber alternatif bagi bekalan air bersih di negeri ini.

“Satu mesyuarat akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini bagi membincangkan kebaikan dan kelemahan menggunakan air dari bawah tanah ini sekali gus jawatankuasa berkaitan juga bakal dibentuk,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Parit Yaani berkata kepada pemberita selepas program Shopping Raya bersama anak yatim dan keluarga miskin di Jakel Batu Pahat semalam.

Menurutnya, pada masa sama pihaknya juga akan mencari lokasi yang sesuai bagi sumber air bawah tanah dan beliau percaya Johor sememangnya mempunyai sumber yang banyak bagi air bawah tanah.

“Saya difahamkan UTHM terutamanya sememangnya mempunyai tenaga pakar berkenaan di mana mereka pernah melaksanakannya bagi mendapatkan sumber air bersih ini di beberapa tempat di Indonesia.

“Saya berharap sebagai Exco Pendidikan, UTHM dapat memberikan kerjasama dalam usaha ini melalui pengalaman mereka dan tidak ketinggalan juga bagi UTM serta beberapa institusi pendidikan lain di negeri ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: