Sisi berbeza Kim Jong-un

Jong-un memeluk salah seorang murid di sekolah terbabit.
Jong-un memeluk salah seorang murid di sekolah terbabit.
A
A
A

PYONGYANG - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menunjukkan sisi berbeza ketika melawat sebuah sekolah beberapa jam selepas beliau dikatakan mengarahkan ketua delegasi yang terlibat dalam rundingan nuklear dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dibunuh.

Jong-un turut beramah mesra dengan murid di Journey for Learning Schoolchildren di wilayah Jagang berhampiran sempadan China selain menyaksikan perlawanan ping pong yang diadakan sempena lawatan beliau.

Beliau juga melawat ke beberapa kilang dipercayai terlibat dengan industri peluru berpandu di negara itu.

Terdahulu, Korea Selatan mendakwa, wakil khas delegasi bertemu AS di Hanoi, Kim Hyok Chol dan empat pegawai lain ditembak mati di lapangan terbang Mirim kerana membelot selepas sidang kemuncak kedua itu berakhir tanpa sebarang kata putus.

Media tempatan di Pyongyang bagaimanapun tidak memberi sebarang komen tentang berita itu sebaliknya hanya mengeluarkan gambar lawatan Jong-un di dua lokasi itu.

Sementara itu, sumber diplomatik memaklumkan kesemua mereka hanya dihukum dan bukan dibunuh.

Menurutnya, Hyok Chol telah dihantar ke kem pendidikan semula di wilayah Jagang. - Agensi

Artikel Berkaitan: