Pelantikan Datuk Bandar Ipoh dijangka selesai Julai ini

Paul Yong Choo Kiong
Paul Yong Choo Kiong
A
A
A

BATU GAJAH - Semua urusan pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu dijangka selesai pada Julai, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru negeri Paul Yong Choo Kiong.

Beliau berkata urusan berkaitan pelantikan itu kini sedang diproses oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Proses itu berjalan lancar dan sekarang berada di peringkat JPA, tiada sebarang masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Kotak Harapan di Pusing di sini, hari ini.

JPA pada 24 April memaklumkan tempoh perkhidmatan Datuk Zamri Man sebagai Datuk Bandar Ipoh telah dipendekkan mulai 17 Februari lepas atas faktor kesihatan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada 21 April lalu berkata calon bagi jawatan itu merupakan seorang anak tempatan yang mahir berbahasa Jepun dan telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Beliau berkata pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu akan dibuat pada akhir April, namun sehingga kini jawatan tersebut masih kosong.- Bernama

Artikel Berkaitan: