Rumah Terbuka Aidilfitri MB Johor 1 Syawal

Sahruddin
Sahruddin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama, di kediaman Menteri Besar di Saujana, di sini.

Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor (Medkom) menerusi kenyataan berkata majlis berkenaan dijadualkan bermula pada 9 pagi hingga 2 petang.

Dr Sahruddin yang juga ADUN Bukit Kepong turut mengadakan majlis rumah terbuka di Kompleks Sukan Pagoh, Muar pada 4 Syawal.

Majlis berkenaan bermula pada 2 petang hingga 6 petang.

“Bersama-sama kita memeriahkan sambutan Aidilfitiri bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Semua dijemput hadir,” menurut Medkom. - Bernama

Artikel Berkaitan: