UMNO belajar dari Pas jadi pembangkang

Rizam dua kanan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Program Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf di Masjid Tebuk Mufrad di sini.
Rizam dua kanan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Program Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf di Masjid Tebuk Mufrad di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - UMNO perlu belajar daripada Pas yang berpengalaman sebagai sebuah parti pembangkang dihormati di negara ini, demikian menurut Ketua Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail.

Beliau berkata, kerjasama antara kedua-dua parti terbesar Melayu itu memberi peluang kepada UMNO belajar bagaimana menjadi pembangkang terbaik yang diterima rakyat.

"Berbeza dengan UMNO kerana sejak kemerdekaan kita berdiri dalam genetik kerajaan.

"Sudah pasti dengan kerjasama ini, saya melihat UMNO mula menyerap bagaimana hendak bergerak sebagai pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf di Masjid Tebuk Mufrad di sini.

Rizam yang juga ADUN Sungai Air Tawar berkata, kerjasama politik antara kedua-dua parti itu juga amat dinantikan masyarakat setempat terutama di DUN berkenaan.

"Sudah pasti kerjasama ini dilihat dapat memberikan keuntungan dan keselesaan kepada rakyat di DUN Sungai Air Tawar," katanya.

Malah, katanya, beliau yakin sekiranya kerjasama itu berterusan, DUN Sungai Air Tawar kekal mampu menjadi kubu kuat pembangkang.

Artikel Berkaitan:

"Selama ini pimpinan masyarakat di sini rata-rata terdiri daripada UMNO dan Pas.

"Ternyata walaupun UMNO dalam situasi pembangkang, kita akan terus berbakti kepada rakyat di DUN ini.

"Ini dapat dilihat sepanjang Ramadan ini begitu banyak program berbentuk kebajikan dilakukan UMNO dan PAS bagi mendampingi masyarakat," katanya.