Berikan peluang kepada pemain tempatan

Ahmad Faizal (lima kanan), menyampaikan sumbangan kepada peserta Felcra pada program berkenaan.
Ahmad Faizal (lima kanan), menyampaikan sumbangan kepada peserta Felcra pada program berkenaan.
A
A
A

PEMAIN tempatan perlu diberikan peluang untuk beraksi dalam saingan liga yang mencabar seperti saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PADSLO), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dia yakin dengan bakat serta kebolehan yang dimiliki pemain-pemain tempatan.

"Saya yakin dengan kebolehan pemain tempatan kita dan kita perlu berikan peluang kepada mereka untuk bersaing dalam saingan Liga Super.

"Jika mereka diberikan latihan yang baik, dengan prasarana yg lebih baik, akhirnya kemajuan bola sepak akan kita capai," katanya di sini, hari ini.

Ahmad Faizal berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Duit Raya kepada 1,031 keluarga Felcra Seberang Perak di Dewan Besar Felcra Seberang Perak.

Sementara itu, Ahmad Faizal mempelawa orang ramai untuk hadir meraikan Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh mulai 2.30 petang hingga 6 petang pada Hari Raya pertama nanti.

Katanya, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

"Kita pilih kawasan stadium kerana kawasan parkir yang luas dan memberikan kemudahan kepada semua," katanya.

Artikel Berkaitan: