Op Selamat 15: Lebih 7,000 kemalangan direkod dalam empat hari

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 7,012 kemalangan jalan raya membabitkan 10,042 kenderaan dilapor dalam tempoh empat hari sejak Ops Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri dilancarkan Rabu lepas.

Seramai 69 orang maut akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh itu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 2,154 kes, diikuti Johor (1,068 kes), Kuala Lumpur (989 kes) dan Pulau Pinang (616 kes).

"Sebanyak 1,238 operasi dijalankan di seluruh negara dengan 96,127 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi kes pecah rumah dan premis pula, 158 kes direkod dalam tempoh empat hari.

Op Selamat 15/2019 bermula Rabu lepas sehingga 12 Jun memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. -Bernama

Artikel Berkaitan: