50 keluarga orang asli terima sumbangan Aidilfitri

Orang asal disantuni Persatuan Kesihatan dan Keselamatan Industri Malaysia (MiSHA), Persatuan Penyiar Muda Malaysia (Mybro) dan Madrasah Aziziah pada Program Kongsi Raya bersama Warga Asal, di sini.
Orang asal disantuni Persatuan Kesihatan dan Keselamatan Industri Malaysia (MiSHA), Persatuan Penyiar Muda Malaysia (Mybro) dan Madrasah Aziziah pada Program Kongsi Raya bersama Warga Asal, di sini.
A
A
A

PULAU CAREY - Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama sanak saudara, teman dan taulan, namun pada masa sama bahang lebaran yang bakal menjelma ini turut perlu dikongsi dengan semua.

Lantaran itu Persatuan Kesihatan dan Keselamatan Industri Malaysia (MiSHA) dengan kerjasama Persatuan Penyiar Muda Malaysia (Mybro) dan Madrasah Aziziah menganjurkan Program Kongsi Raya bersama orang asli, di sini.

Presiden Misha, Aziz Basiran berkata sebanyak 50 buah keluarga Orang Asli Mahmeri menerima sumbangan raya menerusi program ini yang diadakan di Balai raya Perkampungan Orang Asli Sungai Bumbun.

"Program ini dibuat untuk merapatkan hubungan antara kaum supaya masyarakat warga asal turut bersama-sama dapat meraikan Aidilfitri.

Orang asal disantuni Persatuan Kesihatan dan Keselamatan Industri Malaysia (MiSHA), Persatuan Penyiar Muda Malaysia (Mybro) dan Madrasah Aziziah pada Program Kongsi Raya bersama Warga Asal, di sini.
Orang asal disantuni Persatuan Kesihatan dan Keselamatan Industri Malaysia (MiSHA), Persatuan Penyiar Muda Malaysia (Mybro) dan Madrasah Aziziah pada Program Kongsi Raya bersama Warga Asal, di sini.

"Selain barangan keperluan dapur dan pakaian untuk menyambut Aidilfitri, seramai 100 kanak-kanak orang asli turut menerima sumbangan duit raya," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Pengarah Program Abd Mutallib Abd Gapar berkata, program ini adalah kesinambungan daripada program MiHSA yang dianjurkan pada tahun lepas iaitu Program Kongsi Sahur.

“Tahun lepas, kami buat program kongsi sahur untuk golongan gelandangan namun pada tahun ini, kami pilih untuk buat program kongsi raya untuk orang asli.

Artikel Berkaitan:

"Kita lihat masyarakat ini agak terpencil dan jarang menerima sumbangan raya,” katanya.

Sementara itu, Tok Batin Orang Asli Mahmeri, Sidin Bujang berkata, ini kali pertama mereka menerima sumbangan Aidilfitri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Saya harap lebih banyak lagi NGO lain boleh melakukan perkara sama kerana orang asli yang sangat memerlukan sumbangan.

"Terutama sekali bagi mereka yang memeluk agama Islam dan ingin menyambut Aidilfitri," katanya.

Turut hadir, Presiden Mybro, Ahmad Faisal Mohamed Fiah dan exco kedua-dua NGO berkenaan.