Bengkel penuh, anjak operasi

Rumzi memeriksa kenderaan pelanggan di bengkelnya.
Rumzi memeriksa kenderaan pelanggan di bengkelnya.
A
A
A

KUANTAN - Pengusaha bengkel tempatan tidak menang tangan menerima lambakan kenderaan untuk tujuan servis menjelang perayaan.

Bagi pengusaha bengkel Aryou Workshop di Indera Mahkota di sini, Mohd Hairul Yusri Baharom, 36, situasi itu menambahkan lagi bahang kemeriahan Aidilfitri.

Menurutnya, seminggu menjelang perayaan pelanggan sudah mula berpusu-pusu menghantar kenderaan.

"Kebiasaannya bengkel saya menerima lima hingga enam kenderaan sehari tetapi jumlah itu meningkat kepada 10 hingga 15 sehari pada musim perayaan.

"Jadi kami terpaksa memanjangkan waktu kerja sehingga jam 11 malam.

"Seminggu terakhir juga bengkel tidak lagi menerima kenderaan untuk tujuan pembaikian major, sebaliknya khas untuk servis sahaja. Kita faham keperluan pengguna sebagai persediaan untuk memandu jauh dan pulang ke kampung halaman," katanya.

Sementara itu, pengusaha Euromobile Pro, Rumzi Md Saad berkata, bengkelnya juga terpaksa beroperasi sehingga lewat malam kerana dikhaskan untuk kenderaan mewah sahaja.

Menurutnya, antara servis yang diberi keutamaan adalah menukar minyak enjin, minyak brek dan pemeriksaan tayar.

Artikel Berkaitan:

"Menjadi kebiasaan bengkel penuh menjelang raya, cuti sekolah dan cuti umum. Jadi kami perlu bersedia dan memberi perkhidmatan terbaik untuk keselamatan pelanggan kami," katanya.