Gambar disunting: Mujahid lapor polis

Mujahid
Mujahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof membuat laporan polis terhadap satu hantaran Facebook yang didakwa memfitnahnya.

Beliau berkata, seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Shamsul Faisal Abdul Wahab memuat naik gambar yang disunting dengan meletakkan wajahnya.

Mujahid berkata, beliau yakin pemilik akaun Facebook berkenaan berbuat demikian dengan tujuan memburukkan maruahnya.

"Terkini saya ditunjukkan seorang pengguna Facebook bernama “Shamsul Faisal Abdul Wahab” yang memuat naik gambar yang diedit dengan meletakkan wajah saya yang saya yakin dengan tujuan memburukkan maruah saya.

"Inilah bahana budaya takfiri yang sudah semakin menjadi-jadi dengan wujudnya satu golongan yang sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama secara melampau dan laporan kepada pihak berwajib telah dibuat," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, semalam.

Mujahid berkata, bulan Ramadan yang mulia ini adalah bulan penyuburan taqwa dan iman tetapi amat malang ada yang rakus memfitnah serta memburukkan maruah orang lain dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

Pemilik akaun Facebook berkenaan menulis: "Perayaan Thaipusam 8 Februari 2020. Harus hukumnya PH-Amanah sertai upacara Thaipusam. Pluralisme dalam agama. Islam Rambutan'alamin".

Artikel Berkaitan: