200 penunggang motosikal terima petrol percuma

Che Ibrahim turut serta dalam program berkenaan.
Che Ibrahim turut serta dalam program berkenaan.
A
A
A

GUA MUSANG - Seramai 200 penunggang motosikal menerima petrol percuma di Petron Hentian Gua Musang.

Tawaran isian minyak bernilai RM5 itu ditaja Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) dan Ekspres Musafir.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara, Che Ibrahim Ismail berkata, isian minyak percuma itu diberikan kepada penunggang motosikal 125cc dan ke bawah.

"Bermula jam 9 malam, penunggang motosikal boleh mengisi petrol. Ini adalah program pertama kita sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: