Kereta terbakar, tiga pemandu selamat

Salah sebuah kenderaan terlibat telah terbakar namun berjaya dipadamkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat. Gambar kanan: Pasukan bomba membantu memadamkan api kenderaan yang telah terbakar dalam kejadian tersebut.
Salah sebuah kenderaan terlibat telah terbakar namun berjaya dipadamkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat. Gambar kanan: Pasukan bomba membantu memadamkan api kenderaan yang telah terbakar dalam kejadian tersebut.
A
A
A

MELAKA - Tiga pemandu terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Lebuh Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin berhampiran Melaka Sentral hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengahari itu, salah sebuah kenderaan terlibat telah terbakar namun berjaya dipadamkan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pemandu kenderaan terlibat, iaitu dua wanita masing-masing berusia 49 dan 35 tahun serta seorang pemandu lelaki berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila salah sebuah kenderaan terlibat dalam keadaan hendak berhenti di lorong paling kanan berikutan lampu isyarat bertukar merah namun telah dilanggar di bahagian belakang oleh kenderaan lain sehingga melibatkan sebuah lagi kenderaan yang berhenti.

"Dalam kemalangan ini salah sebuah kenderaan telah terbakar namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: