Aidilfitri: Peningkatan 30 peratus kenderaan di GCE, SILK

Ir Rostam memakaikan jaket kenderaan kepada pengguna motosikal sempena Pelancaran Kempen Keselamatan Balik Raya PROLINTAS sempena sambutan Aidilfitri di Plaza Tol Datuk Keramat (arah Ampang) AKLEH hari ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menjangkakan penambahan jumlah kenderaan sehingga 30 peratus di dua lebuh raya bawah kendaliannya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Rabu ini.

Lebuh raya terlibat adalah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Prolintas, Ir Rostam Shahrif Tami berkata, bagaimanapun jumlah kenderaan bagi dua lagi lebuh raya iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dalam kadar biasa pada tempoh sama.

“Peningkatan jumlah kenderaan hanya melibatkan GCE dan Silk tetapi AKLEH dan LKSA tiada penambahan yang begitu ketara,” katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran Kempen Keselamatan Balik Raya PROLINTAS sempena sambutan Aidilfitri di Plaza Tol Datuk Keramat (arah Ampang) AKLEH hari ini.

Pelekat keselamatan reflektif ditampal pada kenderaan berat sempena Pelancaran Kempen Keselamatan Balik Raya PROLINTAS sempena sambutan Aidilfitri di Plaza Tol Datuk Keramat (arah Ampang) AKLEH hari ini.

Dalam pada itu, Ir Rostam berkata, Kempen Keselamatan Balik Raya Prolintas dijalankan secara serentak di kesemua lebuh raya seliaan Prolintas dan kemuncak kempen adalah dengan pengedaran pelekat keselamatan reflektif kepada kenderaan berat dan kereta serta jaket keselamatan kepada penunggang motosikal di AKLEH.

Katanya, kira-kira 100 jaket diedarkan kepada penunggang motosikal yang menggunakan semua lebuh raya berkenaan. “Kempen keselamatan ini adalah lanjutan daripada kempen keselamatan yang kerajaan laksanakan sebagai sebahagian usaha untuk kurangkan kemalangan di lebuh raya sepanjang hari raya,” katanya.

Artikel Berkaitan: