MPT turunkan 500 iklan haram seluruh Taiping

Musnarizal(enam kanan) mengetuai anggota penguatkuasa MPT dan anggota IPD Taiping melaksanakan operasi menurunkan 500 iklan haram di seluruh kawasan Taiping pada 27 Mei lalu.
Musnarizal(enam kanan) mengetuai anggota penguatkuasa MPT dan anggota IPD Taiping melaksanakan operasi menurunkan 500 iklan haram di seluruh kawasan Taiping pada 27 Mei lalu.
A
A
A

TAIPING - Sebanyak 500 iklan haram diturunkan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dalam operasi selama dua jam dilakukan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Taiping di taman-taman perumahan dan kawasan pentadbiran MPT, 29 Mei lalu.

Yang Dipertua (YDP) MPT, Borhan Abdul Halim berkata, operasi itu dijalankan Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan MPT diketuai Musnarizal Abdul Manap membabitkan 15 anggota penguatkuasa MPT dan dibantu lima anggota Unit Jenayah Komersil IPD Taiping.

Menurutnya, tumpuan utama lokasi operasi adalah sekitar pekan Taiping, Aulong dan Kamunting.

"Sasaran utama operasi ini dilakukan adalah untuk menurunkan iklan tanpa kelulusan, pinjaman wang berlesen dan tamat tempoh di tiang-tiang lampu dan persimpangan.

"Kesalahan itu termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Undang-undang Kecil Iklan MPT 2013 Seksyen 7; yang mana tiada seseorang pun boleh mempamerkan atau mendirikan atau menyebabkan dipamerkan atau didirikan mana-mana iklan tanpa lesen dikeluarkan oleh Majlis di bawah undang-undang kecil ini," katanya kepada media pada majlis mesyuarat penuh bulanan ahli majlis MPT di sini hari ini.

Borhan
Borhan

Dalam perkembangan lain, Borhan menegaskan sebanyak 21 kakitangan dan pesara MPT daripada golongan kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah menerima sumbangan sempena Program Ziarah Ramadan dijalankan sejak 27 Mei lalu.

Menurutnya, MPT memperuntukkan nilai setiap sumbangan adalah RM50 berupa barangan keperluan dan wang tunai sebanyak RM250 untuk setiap keluarga.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan adalah berbentuk barangan makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, sardin, dan sebagainya bagi menjamin menu harian sihat.

"Diharap dengan usaha ini, kerunsingan dan kebimbangan yang dialami oleh mereka sedikit sebanyak dapat dikurangkan dengan bekalan makanan diberikan," katanya.

Borhan berkata, program ini merupakan komitmen secara berterusan untuk membantu dan merapatkan ukhuwah di antara pihak pengurusan dan kakitangan serta pesara MPT.

"Ribuan terima kasih diucapkan kepada Bank Islam cawangan Taiping, FAMA Perak Utara dan Pejabat ADUN Pokok Assam yang sudi menaja barang keperluan dapur bagi menjayakan program ini," katanya.