Proton Waja hangus, pemandu selamat

Proton Waja yang hangus terbakar.
Proton Waja yang hangus terbakar.
A
A
A

KULAI - Sebuah kereta Proton Waja hangus terbakar selepas terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori dan sebuah treler di KM39.8 Lebuhraya Utara-Selatan, Arah Selatan, di sini awal pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian tersebut.

Pemandu kereta Proton Waja berkenaan turut selamat apabila telah keluar sendiri dari kenderaan semasa pasukan bomba dan penyelamat sampai lokasi.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Hairisyah Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.08 pagi.

"Dua jentera bersama 14 anggota serta satu unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan tersebut menyebabkan dua cedera dan seorang selamat.

"Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kulai menggunakan EMRS," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi kemudiannya ditamatkan kira-kira jam 3.25 pagi.

Artikel Berkaitan: