Suri rumah didakwa tipu jual emas

Siti Noor Faezah (tengah) dibawa keluar dari kompleks Mahkamah Majistret di sini.
Siti Noor Faezah (tengah) dibawa keluar dari kompleks Mahkamah Majistret di sini.
A
A
A

KUANTAN - Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan menipu membabitkan urusan jualan emas dalam talian yang tidak wujud, berjumlah lebih RM4,000.

Siti Noor Faezah Ismail, 34, didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 3.34 petang sehingga 4.49 petang di sekitar bandar Kuantan, antara Februari dan Mei lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memperdaya Nur Nasseha Sakinah Mohammad Shaudi, 30, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM4,247 untuk membeli barang kemas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya di hadapan Majistret Nor Azizah Aling.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bercagar.

Sebutan semula untuk pengurusan kes dan serahan dokumen ditetapkan pada 19 Jun depan.

Artikel Berkaitan: