Sila log masuk terlebih dahulu.

Kontraktor mengaku tidak bersalah, mangsa rugi RM4,480

07 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 7 APRIL 2023

Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berhubung penjualan kereta sehingga mangsa mengalami kerugian RM4,480, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Tertuduh, Abdul Wafi Mohamad membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah memperdaya seorang lelaki dengan menjual sebuah kereta jenama tempatan.

Tertuduh mendorong lelaki berkenaan membayar RM4,480 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik isterinya.

Artikel: https://go.sinar.la/417YbE5

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian