'Jangan guna media sosial sebar fitnah terhadap LZS'

Abdul Basith (depan, tiga dari kiri) bersama penerima bantuan pendidikan dan bantuan lapan van mobiliti OKU memudahkan pengangkutan golongan warga emas di pusat jagaan khususnya mereka yang terlantar mendapatkan rawatan harian di hospital.
Abdul Basith (depan, tiga dari kiri) bersama penerima bantuan pendidikan dan bantuan lapan van mobiliti OKU memudahkan pengangkutan golongan warga emas di pusat jagaan khususnya mereka yang terlantar mendapatkan rawatan harian di hospital.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengingatkan pihak tertentu agar tidak menggunakan platform politik serta media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu mengenai institusi terbabit.

Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid berkata demikian susulan terdapat pihak yang menyebarkan fitnah dan memburukkan LZS di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya tidak pasti sejauh mana posting itu mewakili mana-mana parti tetapi secara halusnya ia memang berniat jahat untuk meruntuhkan institusi agama Islam.

"Jika ada pihak yang tak puas hati atau ingin dapatkan maklumat, datang terus ke ibu pejabat LZS atau mana-mana cawangan kami.

"Rujuk kami terlebih dahulu atau boleh terus ke media sosial rasmi LZS," katanya dalam ucapan pada Majlis Iftar dan Penyerahan Zakat Perniagaan, di sini hari ini.

Maklumat disebarkan pihak terlibat menunjukkan mereka tidak memahami maksud zakat secara keseluruhannya.
Maklumat disebarkan pihak terlibat menunjukkan mereka tidak memahami maksud zakat secara keseluruhannya.

Abdul Basith berkata, perkara sebegini adalah cabaran utama yang dihadapi mana-mana institusi zakat di negara pada hari ini.

Menurutnya, penyebar fitnah seakan-akan cuba untuk meruntuhkan institusi zakat atau lebih tepat institusi agama Islam.

Artikel Berkaitan:

"Sudah jelas, kami di LZS sentiasa menyebarkan maklumat tentang ke mana perginya wang zakat sama ada di media sosial rasmi atau di media massa yang lain.

"Bermula dengan penulisan artikel panjang, fatwa, penerbitan, portal, program televisyen, temubual media sehinggalah kepada penerbitan video aktiviti agihan LZS yang sering dikongsikan kepada masyarakat," katanya.

Katanya, semua saluran digunakan untuk menyebarkan maklumat agihan wang zakat di Selangor.

Dalam perkembangan lain, Abdul Basith berkata, sehingga April 2019, LZS mengutip zakat berjumlah RM211. 9 juta dan mengagihkan sejumlah RM250.4 juta wang zakat di Selangor.