Ops Selamat: 558 anggota bomba Terengganu siap siaga

Mohamad Shoki (kanan) sewaktu mengiringi Raja Bahrin (dua, kanan) yang merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2019.
Mohamad Shoki (kanan) sewaktu mengiringi Raja Bahrin (dua, kanan) yang merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2019.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 558 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu yang akan bertugas sepanjang Ops Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohamad Shoki Hamzah berkata, penugasan itu meliputi rondaan di lebuh raya, pemantauan di pusat rekreasi melibatkan air dan rondaafb:n berkala oleh balai-balai bomba bermula 29 Mei hingga 12 Jun.

“Sepanjang tempoh itu, di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) terdapat 20 anggota yang akan bertugas di Tol Ajil, Hulu Terengganu dan Tol Perasing, Kemaman.

“Di balai pula, mereka dikehendaki untuk membuat rondaan bermula jam lapan pagi sehingga jam lima petang, sepanjang tempoh Ops Selamat,” katanya ketika ditemui pada program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2019 dan Majlis Berbuka Puasa Peringkat JBPM Terengganu, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Zulkarnain Mat Yasin; Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman dan wakil PDRM.

MOHAMAD SHOKI HAMZAH
MOHAMAD SHOKI HAMZAH

Mohamad Shoki turut mengingatkan agar orang ramai lebih berhati-hati kerana Terengganu mencatatkan jumlah kes kebakaran dan kemalangan yang agak tinggi sepanjang Ops Selamat sebelum ini.

“Untuk tahun 2017, sebanyak 14 kes kemalangan jalan raya sepanjang Ops Selamat melibatkan 63 mangsa. Pada 2018 pula, 18 kes dicatatkan melibatkan 47 mangsa dengan tiga kematian.

Artikel Berkaitan:

“Manakala bagi kes kebakaran pada musim perayaan pula, sebanyak 104 kes direkodkan untuk 2018 manakala bagi tahun 2017, sebanyak 74 kes,” katanya.

Bagi mengelakkan kemalangan jalan raya, beliau mengingatkan agar orang ramai memberikan perhatian kepada unsur 2M, iaitu pemandu (Men) dan kenderaan (Machine).

“Pastikan memandu dalam keadaan sihat dan kenderaan dalam keadaan selamat.

“Memandangkan perayaan kali ini yang jatuh sama dengan cuti sekolah, kita turut menggandakan pemantauan dan rondaan di kawasan pusat rekreasi air seperti Air Terjun Sekayu di Hulu Terengganu, Pantai Teluk Lipat, Dungun dan Pantai Batu Buruk,” katanya.

Keterangan gambar: 1. MOHAMAD SHOKI HAMZAH 2. Mohamad Shoki (dua kanan) sewaktu mengiringi Raja Bahrin (tengah) yang merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2019.