‘Kami langsung tak bincang buat parti’

No Image Caption
A
A
A
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan pertemuannya dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semalam bertujuan membincangkan penubuhan parti baharu.

Sebaliknya, kata beliau, ia hanya pertemuan untuk makan tengahari sambil berkongsi beberapa tips.

“Langsung tak bincang lompat ka, buat parti ka.

“KJ ajar saya mcm mana nak pakai filter Insta. Izzah bagi tips sekolah anak. Saya bagi tips macam mana nak gemuk,” katanya di Twitter hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada laporan sebuah akhbar mengenai pertemuan tiga tokoh politik itu di sebuah restoran di Bangsar, semalam.
Artikel Berkaitan:


Laporan itu turut menyebut kemungkinan ketiga-tiga mereka sedang menggerakkan wadah politik baharu untuk orang muda.