320 rakyat Pakistan dihantar pulang esok

Pakistan
Pakistan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 320 rakyat Pakistan yang kini ditahan di Malaysia dijadualkan dihantar pulang esok (29 Mei) dengan menaiki sebuah pesawat sewa khas yang diurus oleh kerajaan Pakistan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan yang dikeluarkan kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama menerusi Suruhanjaya Tingginya di sini, kebanyakan mereka ditahan kerana visa dan permit tinggal telah tamat tempoh.

Kenyataan itu menyebut bahawa mereka yang akan dihantar pulang sudah menjalani hukuman mereka di Malaysia, namun tidak dapat dihantar pulang kerana penerbangan terus telah digantung pada Februari susulan situasi serantau.

“Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan khas untuk menguruskan kepulangan kesemua tahanan bagi membolehkan mereka menyertai keluarga masing-masing sempena Aidilfitri,” menurut kenyataan itu.

Mereka akan dihantar pulang dengan pesawat milik Pakistan International Airlines. - Bernama

Artikel Berkaitan: