Banjir: Tutup punca elektrik elak kebakaran

Suhaimi (dua,kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada salah seorang penduduk semasa program 'Door to Door' di Kampung Kubang Pak Itam.
Suhaimi (dua,kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada salah seorang penduduk semasa program 'Door to Door' di Kampung Kubang Pak Itam.
A
A
A

PASIR MAS - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengingatkan semua mangsa banjir supaya menutup suis utama sebelum mereka meninggalkan rumah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Kelantan, Penguasa Bomba Suhaimi Mahmood berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini sepanjang mereka berada di PPS.

"Sebelum meninggalkan rumah untuk ke PPS, eloklah kita memeriksa keseluruhan kawasan dan menutup semua suis utama bekalan elektrik.

"Bagi saya sikap waspada ini mampu menyelamatkan kita daripada sebarang musibah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program 'Door to Door' bersama penduduk Kampung Kubang Pak Itam di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penguasa Bomba Mohamad Nazri Ab Wahab dan Timbalan Penguasa Bomba, Abdul Latif Mohd Noor.

Artikel Berkaitan: