'Pemergian Kay Kim detik paling suram dunia akademik'

Maszlee
Maszlee
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyifatkan pemergian tokoh sejarawan negara, Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, hari ini menjadi antara detik paling suram dalam dunia akademik dan bidang sejarah.

Katanya, jasa dan sumbangan mendiang Kay Kim terutamanya dalam bidang sejarah dan pembinaan negara begitu besar.

“Sesungguhnya jasa beliau dalam bidang sejarah dan pembinaan negara tercinta ini terlalu banyak serta sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejarawan negara Khoo Kay Kim meninggal dunia

“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga beliau, semoga segala urusan dapat berjalan dengan lancar,” katanya menerusi catatan di Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, mendiang Kay Kim disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 10 pagi tadi

Kay Kim yang berusia 82 tahun meninggalkan isteri, Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga orang anak, Eddin, Rubin dan Mavin.

Selain dikenali sebagai seorang ahli akademik, beliau juga sentiasa menjadi rujukan masyarakat, media dan pemimpin mengenai aspek sejarah dan bidang sukan.

Artikel Berkaitan: