X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada keperluan KPKT lantik peguam luar

A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak mempunyai keperluan untuk melantik peguam swasta bagi mewakili mereka dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sejak 11 Februari lalu.

Penganalisis politik dan perundangan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, KPKT selaku agensi dan kementerian dalam kerajaan telah diwakili oleh pegawai undang-undang daripada Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara yang berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan, mempunyai ramai pegawai undang-undang yang berkompetensi dan layak melindungi kepentingan kerajaan sama ada jabatan kerajaan atau pegawai kerajaan jika berlaku pertelingkahan dalam perundangan.

"Apabila KPKT lantik peguam sendiri, ini menimbulkan syak daripada awal kenapa ia berlaku. Adakah KPKT tidak percaya dengan kewibawaan pihak Pejabat Peguam Negara, atau kurang keyakinan dengan kewibawaan pegawai-pegawainya?” soalnya.

Menurutnya, lantikan peguam luar mewakili KPKT menyebabkan pertindihan dari segi peranan yang dimainkan pegawai pengendali inkues dari Pejabat Peguam Negara.

Sehubungan itu katanya apabila wujud cadangan mahupun gesaan daripada pihak Peguam Negara supaya peguam tersebut menarik diri, ia menunjukkan Peguam Negara telah sedar wujudnya pertindihan peranan.

"Perkara ini sepatutnya disangkal sejak awal lagi,” katanya.

Tambahnya, dalam prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian, saksi-saksi akan dipanggil dan disoal oleh pegawai pengendali daripada Pejabat Peguam Negara sehingga membolehkan koroner membuat penilaian mengenai punca kematian.

"Tidak perlu peguam tambahan untuk mengendalikan inkues kecuali peguam dilantik pihak berkepentingan seperti peguam daripada keluarga mangsa, persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat, atau peguam kuil yang dipersetujui mahkamah untuk menjadi 'watching brief' atau sahabat mahkamah,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, peguam tersebut hanya bertindak pemerhatian kepada pihak berkepentingan dan tidak perlu menyoal balas saksi kecuali mengemukakan bantahan sekiranya wujud keterangan yang tidak dipersetujui.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!