Rendy Faliq kongsi rezeki bersama anak yatim

Penyanyi, Rendy Faliq
Penyanyi, Rendy Faliq
A
A
A

PERBEZAAN agama tidak menghalang penyanyi baharu yang meningkat naik, Rendy Faliq untuk membuat aktiviti amal sempena bulan Ramadan ini.

Justeru baru-baru ini, Rendy telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama 80 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Rumah Titian Kaseh (RTK), Titiwangsa, Kuala Lumpur.

No Image Caption

Selain berbuka berbuka puasa, program ini dianjurkan bagi membantu sedikit sebanyak daripada segi keperluan asas rumah yang turut menempatkan OKU, ibu tunggal dan warga emas ini.

Pihak Rendy juga turut menyampaikan sumbangan duit raya pada anak-anak di rumah tersebut sebagai tanda sokongan.

“Saya berharap dengan adanya program seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati mereka menjelang sambutan hari raya nanti.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Semoga program dan aktiviti seperti ini dapat terus dilakukan pada masa akan datang. Tidak ada salahnya untuk berkongsi sedikit rezeki dan saling membantu kepada mereka yang kurang bernasib baik ini,” ujar Rendy yang kini popular dengan lagu Kata Hatiku.

Pada majlis itu juga, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk persembahan istimewa daripada anak-anak Rumah Titian Kaseh sendiri. Mereka tampil dengan sebuah persembahan nyanyian yang cukup menyentuh hati tetamu yang hadir.